Sejak dua menjak ne abg ali, ada beberapa isu viral yang baik2 sahaja berkaitan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di laman sosial. Antaranya ialah isu bil elektrik terbaru yang diterima di rumah, nombor akaun berbeza dengan nombor akaun bil TNB sebelum ini. Sebenarnya, apa yang berlaku adalah penstrukturan sistem bil elektrik TNB yang kini sedang dinaik-taraf untuk sistem semakan online.
Pihak TNB telahpun memaklumkan bahawa mereka sudahpun menaik-taraf sistem bil elektrik online TNB, dan kerana ini, menjadikan nombor akaun berbeza dengan nombor akaun lama bil elektrik yang dicetak dan diberikan kepada pengguna. Nombor akaun baru yang tertera pada bil elektrik terkini adalah nombor akaun bil elektrik yang sudah dimasukkan ke dalam sistem bil online terbaru TNB. ok jgn kata abg ali tak bagi tw okey :p
Cara Daftar Akaun TNB Secara Online
Untuk pendaftaran akaun TNB secara online, sila ikuti langkah berikut:
- Pergi ke laman web myTNB online - https://www.mytnb.com.my/User/RegistrationLanding
- Klik pada bahagian pendaftaran dan anda akan dibawa ke laman berikut:
- Isi dengan betul butiran yang diminta. Pastikan anda memasukkan alamat email yang sah dan betul, kerana selepas ini anda mungkin akan menerima bil menerusi email. Anda perlu tahu, ada 3 cara pihak TNB menyediakan bil elektrik kepada anda, iaitu menerusi bacaan meter elektrik, menerusi semakan bil terdahulu, dan juga bacaan meter sendiri oleh pengguna.
Menerusi sistem ini, agak mudah untuk anda pantau penggunaan tenaga elektrik sebelum dan semasa. Anda juga boleh terus bayar bil elektrik TNB secara online menerusi sistem baru TNB ini.
Kalau ikutkan sistem sekarang, bil yang sampai mungkin tidak sampai betul-betul ke tangan pengguna. Ada yang basah kena hujan, terkoyak, hilang dan sebagainya. Ia juga untuk elakkan pengguna dari terkena denda kerana terlupa membayar bil elektrik TNB, selain memastikan bahawa pengguna akan lebih bertanggungjawab.
Setelah selesai pendaftaran, anda akan diminta untuk sahkan menerusi email yang dihantar oleh myTNB. Kemudian anda akan diminta untuk login ke akaun TNB online anda untuk buat semakan.
Video Cara Daftar Akaun TNB Secara Online
Jika anda tidak berapa jelas mengenai cara nak daftar akaun TNB secara online ini, boleh tonton video yang disediakan di bawah ini:Semoga blog post atau artikel ini dapat dimanfaatkan sebaiknya. In Sha Allah.
Trend Tudung Bawal pilihan Guru Masa kini.. blh like page kami DI SINI
AKAN DILANCARKAN PADA 29 OGOS 2016
loading...
loading...
0 comments Blogger 0 Facebook
Post a Comment