Madiha Abdullah, Astro Awani | Diterbitkan pada Julai 24,
2015 09:01 MYT
Tudung bawal disenangi ramai kerana ia sangat praktikal
untuk dikenakan
Wanita Muslimah pada masa kini sangat bertuah kerana
walaupun terikat dengan syariat dalam bergaya, perkembangan fesyen Muslimah
yang semakin pesat membolehkan mereka tampil cantik dan up-to-date.
Namun begitu, masih ramai wanita di luar sana yang memilih
aliran fesyen yang lebih konvensional apabila bertudung. Bagi golongan ini,
tudung bawal tetap menjadi pilihan hati walaupun pelbagai fesyen tudung muncul
setiap hari.
Mari kita lihat mengapa tudung bawal tetap menjadi kegemaran.
Senang dikenakan
Ee tak boleh la
pakai tudung belit belit ni selalu. Pakai bawal jugak selesa
— uyunohuyun
(@nurulhizatoink2) July 22, 2015
Susah nak cantik
pakai shawl ni. Pin sana sini, aih. Lasty, tudung bawal juga selesa.
— berlian.
(@_frinh) July 11, 2015
Satu yang pasti, tudung bawal disenangi ramai kerana ia
sangat praktikal untuk dikenakan. Sesetengah wanita yang ke tempat kerja
contohnya, merasakan tudung bawal lebih sesuai dikenakan kerana tak sukar
mengenakannya, khususnya selepas dibuka apabila mahu bersolat.
Kepelbagaian fesyen
Siapa kata pakai
tudung tak boleh fesyen. Kau tengok mia ahmad gojes je. Pakai senget2 bawal dia
ok je /p>— Mijah (@RamezahDaud) April 17, 2015
Tadi tudung
malfunction kat ofis. Bukan canggih mana pun, tudung bawal je. Tapi takde org
tegur pun. Maybe dah igt fesyen.
— Mademoiselle
Dyan (@dyanna299) July 9, 2015
Jangan ingat shawl sahaja boleh dibelit pelbagai gaya. Hanya
memerlukan sedikit kreativiti, pemakaian tudung bawal juga boleh menjadi
'sebergaya' pemakaian shawl.
Labuh yang boleh diselaraskan
Majoriti lelaki
suka tudung bawal. Same goes for me. Labuh tutup dada is better.
— JeHAR
(@Saya_azhar) July 22, 2015
Satu lagi kelebihan tudung bawal ialah labuhnya boleh
diselaraskan. Jika rasa tak selesa, bolehlah dilabuhkan tudung itu mengikut
kesesuaian.
Selesa
Sekarang rasa
pakai tudung bawal lebih selesa. Maybe sebab cepat nak bersiap. Sebab belit
belit krg mak potpet lmbt siap /p>— wahiyy (@wowothman) July 19, 2015
Kebanyakan tudung bawal direka dengan kain yang ringan,
sejuk dan selesa.
Lebih muda
Kenapa perempuan
tak suka pakai tudung bawal? Aku tgk lagi cantik pakai tudung bawal daripada
shawl yg diorg pusing-pusing macam mumia tu.
— MHH
(@HaikalHasrin) July 23, 2015
Berjuta dah fesyen
tudung zaman sekarang. Bawal jugak yang hensem bagi aku.
— Furu Tajima
(@furughiVL) June 21, 2015
lepas ni mau pakai
tudung bawal baliklh. sbb nmpk muda /p>— Nurulain Somel (@dydueaen) July 23,
2015
Perempuan pakai
tudung bawal nampak muda je. Pakai shawl nampak tua. (AJ,2015)
— Fathin Rabihah
(@FathinRabihah) July 8, 2015
![https://www.facebook.com/Fairyscarves-1778129612453366/](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj6OqBImncoYE0-2NsmLuhY3vAGN8Lpa-sP7kz2wWeFocArWcvC9nbpJQoXjZE8FPIwD3QDmPvQYFJzQuhKM52dDDKDrAQT6_2l7tH4y987L4WDSxTV7gek351PGmu0xPGSwlKYDE9t7NCx/s640/14064119_1778132669119727_842268888432864179_n.jpg)
UNTUK TUDUNG BAWAL TREND TERKINI KLIK DISINI..
![](https://3.bp.blogspot.com/-1K8xcYkDUCg/WIy7FbuXHiI/AAAAAAAADaI/BAJjkhYmStYmolQ2rNXa8ds-oq3-8ukuACK4B/s320/2CAHQKW.png)
loading...
loading...
0 comments Blogger 0 Facebook
Post a Comment