Beregu negara ini layak ke peringkat akhir Sukan Olimpik 2016. - Gambar AFP


KUALA LUMPUR: Hari kesebelas Sukan Olimpik 2016 melakar kenangan manis buat pemain beregu negara Goh V Shem dan Tan Wee Kiong apabila pasangan ini melayakkan diri ke peringkat akhir selepas menewaskan pasangan dari China Hong Wei dan Chai Biao di Stadium Riocentro di Rio malam ini.

Kemenangan mereka dalam set pembukaan dengan 21-18 seolah-olah menjadi pembakar semangat pemain beregu harapan negara ini.

Biarpun kalah dalam set kedua dengan 12-21, pasangan No.12 dunia itu seolah-olah bangkit dengan persembahan mantap dalam set ketiga dalam pertarungan sengit yang berlangsung selama 64 minit.


Sumber : Astro Awani

loading...
loading...

0 comments Blogger 0 Facebook

Post a Comment

 
Abg ali.com © 2013. All Rights Reserved. Share on Themes24x7. Powered by Blogger
Top