nah tips nye .

1. Kulit gelap: Bagi kamu yang memiliki kulit gelap, warna tudung yang sesuai adalah seperti warna plum, lavender, warna-warna pastel dan warna neutral seperti putih. Warna-warna ini akan membuatkan kulit kamu kelihatan lembut dan sudah tentu lebih cerah. Tapi ingat! Elakkan menggunakan warna coklat, hitam dan oren kerana ia akan membuatkan wajah kamu bertambah gelap. Begitu juga warna-warna terang seperti hijau gelap, merah bata dan kuning.

2. Sawo matang: Mejoriti rakyat Malaysia memiliki kulit jenis ini kan? Warna tudung yang sesuai bagi kamu adalah seperti warna krim, biru navy, ungu dan hitam. Manakala warna yang perlu dielak seperti merah, kuning, hijau gelap, coklat gelap dan warna oliv.

3. Putih kekuningan: Bagi kulit jenis ini, kamu dinasihatkan untuk mengenakan tudung dari warna merah jambu, merah dan biru. Bagaimanapun, elakkan menggunakan warna krim, coklat dan oren. Kalau tidak, kamu akan kelihatan pelik!

4. Berkulit putih: Bagi kamu yang memiliki kulit jenis ini, tiada masalah untuk kamu mengenakan sebarang jenis warna sama ada warna gelap atau warna cerah. Semuanya kena saja pada kamu. Pun begitu, kamu kelihatan lebih berseri jika mengenakan warna hitam, kelabu, merah, biru dan ungu. TETAPI! Elakkan warna pastel, putih dan beige sebab warna-warna itu menyebabkan kulit kamu kelihatan sangat pucat.
warna ni jugak boleh membantu untuk pemilihan co;or lipstik jugak taw . nanti aku update untuk lipstik pulak ye .

haaaa. so macam mane? rasenye senang la korang nak shopping tudung nanti . harap tips ni banyak membantu korang laaa . tapi kena ingat ! warna dan corak baju pon mainkan peranan penting dalam pemilihan tudung . korang jangan terlalu terikat dengan warna kulit sampai kan apa yang korang pakai looks funny .

loading...
loading...

0 comments Blogger 0 Facebook

Post a Comment

 
Abg ali.com © 2013. All Rights Reserved. Share on Themes24x7. Powered by Blogger
Top